Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 25 Mac 2016

Jangan Paksa Aktres Berhijab Buka Tudung - Mia Sara

Pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha meminta agar pihak penerbit menghormati pelakon yang sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.

Bintang cilik itu menyuarakan pendapat demikian kerana menyedari sesetengah pelakon terpaksa mengikut kehendak produksi yang menghadkan tawaran lakonan kepada pelakon yang berhijab.


“Bagi saya bukan salah pelakon sepenuhnya apabila mereka terpaksa membuka tudung untuk melakonkan watak yang diberi. Orang yang suruh mereka berbuat begitu juga patut dipersalahkan.

“Saya berharap dalam isu ini, pihak berkaitan perlu lebih terbuka. Pelakon harus diterima seadanya dan hanya dinilai mengikut bakat lakonan. Jangan ubah penampilan mereka jika sudah berhijab.

“Kita bertudung kerana Allah bukan untuk kepuasan orang lain. Kenapa perlu ikut cakap mereka?

“Saya memakai tudung sebab ia datang dari hati dan atas kerelaan diri sendiri. Saya jadi tidak selesa apabila terpaksa membuka aurat,” ujar Mia Sara yang kedengaran lebih matang apabila mengulas isu ini berbanding sesetengah pelakon yang jauh lebih berusia daripadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk