SYDNEY: Dua serpihan pesawat yang dijumpai di Mozambique adalah ‘hampir pasti milik MH370’, kata Menteri Pengangkutan Australia susulan analisis oleh pakar-pakar teknikal yang menyiasat kes pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.
“Analisis ini telah membuat kesimpulan bahawa serpihan itu adalah hampir pasti dari MH370,” kata Darren Chester dalam satu kenyataan, sambil menambah pasukan siasatan MH370 Malaysia telah mendapati bahawa kepingan serpihan itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.
“Serpihan itu yang dijumpai di pantai timur Afrika adalah konsisten dengan model drift yang dilakukan oleh CSIRO (badan sains kebangsaan) dan mengesahkan lagi usaha penyelidikan kami di Lautan Hindi.”
Australia mengetuai pencarian MH370 di Lautan Hindi, di mana penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang menbawa 239 penumpang dan anak kapal dipercayai telah menukar laluan apabila ia hilang pada 8 Mac 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan