Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 29 Mac 2016

Penjelasan Pihak Pengantin Perempuan Dan Pengajaran Di Sebalik Pergaduhan

Selepas heboh bakal pengantin lelaki ditumbuk kerana gagal menyediakan wang hantaran, kakak sepupu yang mewakili keluarga pihak perempuan tampil menjelaskan isu sebenar. Wanie Azwani melalui akaun Facebook menafikan kekecohan yang berlaku itu disebabkan isu wang hantaran yang tidak mencukupi seperti yang disebarkan.

“Saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak perempuan (kakak sepupu) tak nak komen atau bercerita panjang, yang mana tak tahu cerita sebenar janganlah menabur fitnah dan salahkan pihak perempuan.

“Di sini cukup saya tunjuk kenyataan dari imam masjid tu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian dan melihat sendiri apa yang berlaku dari mula sampai akhir… Itu sahaja yang saya nka sampaikan” ujarnya bagi memjawab isu viral di media sosial itu.

Wanie turut menyertakan kenyataan yang di dakwa sebagai kenyataan imam yang

“Hari ini sibuk berita di Kosmo tentang gaduh di masjid Khadijah (kerana) ramai yang bertanya pada saya jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila keluarga perempuan bertanya tentang baki wang hantaran.

“Dah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan minta baki kerana (pihak lelaki) telah berjanji untuk bayar baki pada hari nikah” ujarnya memetik kenyataan yang dimuatnaik itu.

Dikongsikan beberapa komen untuk kita fikirkan bersama ;

Bakal Pengantin Perempuan :


Pencetus Ummah Rahmat:



Ini pula komen yang menyentuh "keislaman" kita :



"Sebaik – baik perempuan adalah yang paling MURAH maharnya."
(Hadis riwayat: ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk