Apakah petanda? Apakah petunjuk di sebalik kejadian ini? Bangkai seekor anak kambing berwajah pelik telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Anak kambing itu milik peneroka Felda, Ibrahim Basir yang enggan menerima tawaran wang daripada individu yang berminat untuk membeli bangkai bintang berwajah pelik itu.
Sebaliknya, peneroka berusia 63 tahun itu membuat keputusan untuk menyerahkan bangkai tersebut kepada jabatan berkenaan bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan mengenai penemuan ganjil itu.
Ibrahim yang menetap di Felda Sungai Mas di sini berkata beliau amat terkejut apabila menemui salah seekor kambing betina peliharaannya melahirkan anak berwajah pelik.
Katanya, beliau dimaklumkan oleh rakan perniagaannya, Jamaludin Abdul Samad, 56, kira-kira pukul 11 pagi Jumaat bahawa beberapa bahagian di anggota badan anak kambing itu kelihatan mirip seperti bayi.
"Saya pergi untuk memeriksa dan terkejut pada masa sama teruja kerana keadaan fizikalnya agak berbeza dengan anak kambing lain termasuk berhidung pesek, bermulut lintang dan berkaki pendek," katanya.
Beliau berkata anak kambing itu berbeza kerana tidak mempunyai tali pusat seperti kambing lain yang baharu dilahirkan.
Ibrahim berkata anak kambing itu sudah mati ketika ditemui dan dipercayai dipijak oleh ibunya atau akibat komplikasi lain.
"Kami terus menyimpan bangkai haiwan itu di dalam bekas polisterin bersama ais batu sebelum membawanya ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada tengah hari semalam," katanya. - AntaraPos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan