1. Rakyat Malaysia dapat memasuki Korea Utara tanpa visa sejak 2009, susulan dari hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak 1973. Kita boleh terbang ke Korea Utara dengan menaiki Air Koryo, terus dari KLIA.
Air Koryo menggunakan pesawat Antonov An-148. Sebelumnya, mereka menggunakan pesawat lama yang merekodkan prestasi keselamatan yang baik walau beroperasi sejak zaman Perang Dingin.
Selain ke Kuala Lumpur, syarikat penerbangan milik kerajaan ini juga membuat penerbangan ke Moscow, Vladivostok, Singapura dan Kuwait.
Penerbangan terakhir yang direkodkan adalah pada Jun 2014, ekoran pelaksanaan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Korea Utara.
Walau dengan sekatan itu, Malaysia tetap menandatangani sat memorandum persefahaman dengan Korea Utara pada awal bulan ini yang memfokuskan pada program pertukaran budaya, kesenian dan warisan.
2. HELP University menganugerahkan ijazah kedoktoran kehormat pada emimpin negara tersebut, Kim Jong-Un. Menurut wakil universiti, anugerah tersebut adalah untuk membina “jambatan” untuk menghubungkan kedua-dua negara.
Anugerah tersebut mengundang kritikan di kalangan pengkaji dasar di barat yang memandang sinis prestasi Kim dalam membangunkan ekonomi Korea Utara.
3. Kuala Lumpur menjadi medan neutral untuk wakil Korea Utara bertemu dengan wakil negara lain.
Sebelum penggal pentadbiran Barack Obama tamat, diplomat Korea Utara bertemu di sini dengan wakil dari Amerika Syarikat pada Oktober lalu.
White House sejak sekian lama berusaha untuk menghentikan program nuklear di Korea Utara dan mengutuk keras setiap kali Korea Utara membuat ujian senjata.
Kebimbangan baru adalah program peluru berpandu nuklear baharu yang didakwa mampu melepasi jarak antara benua. Banyak program senjata ini mendapat sokongan China.
4. Sekutu paling rapat Korea Utara adalah negara China, yang kini muncul menjadi rakan dagang yang mesra dengan Malaysia.
Projek berimpak tinggi seperti Forest City di Johor, Bandar Malaysia di Sungai Besi dan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur mendapat banyak input dari China.
China juga dipercayai mendahului dalam rundingan untuk projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan