Amalan memakan cili merah setiap hari mampu memanjangkan usia seseorang sebanyak 13 peratus atau bersamaan 10 tahun.
Kajian yang diterbitkan didalam Public Library of Science Journal, PLoS One, menghimpunkan penyelidikan dari 190 buah negara seluruh dunia.
Orang suka makanan pedas hidup lebih lama 10 tahun
Dalam laporan tersebut, penyelidik mendapati pencinta masakan pedas mampu hidup lebih lama sebanyak 10 tahun berbanding mereka yang langsung tidak menggemari makanan pedas.
Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Ruhr di Bochum, Jerman, mendapati, cili berupaya mematikan sel kanser payudara melalui eksperimen yang dijalankan ke atas pesakit kanser.
Makanan pedas juga mampu menurunkan berat badan
Selain itu, cili juga bermanfaat untuk membantu seseorang itu menurunkan berat badan dengan berpeluh secara semula jadi.
Kajian lanjut mendapati, cili mengandungi kebaikan khasiat vitamin pro-A, B dan C serta bersifat antioksida dan boleh mencegah masalah keradangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan