Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 10 Oktober 2017

Selepas Teruk Dikecam, Kini Mahsuri Bangkit

Suatu ketika dulu pernah tular dan menjadi viral mengenai seorang individu khunsa yang pernah dikecam hebat oleh netizen.

Namun begitu siapa sangka bahawa dia tidak kecewa serta patah semangat walaupun dia pernah di kecam hebat sehingga dia menitiskan air mata menangisi takdir hidupnya yang dilahirkan sebegitu.


Bukanlah kemahuannya untuk lahir dalam keadaan memiliki dua jantina iaitu lelaki serta perempuan atau lebih dikenali sebagai khunsa.

Walaupun kisahnya telah menjadi bahan yang di perdebatan serta kecaman oleh netizen diluar sana namun dia terus bangkit bagi membuktikan kemampuannya untuk maju dalam hidup.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Mahsuri melalui laman facebook miliknya telah membuktikan kepada masyarakat bahawa walaupun dia merupakan khunsa namun itu bukanlah alasan baginya untuk terus berjaya dalam hidup.

Satu ketika dahulu beliau juga pernah di cop sebagai klon Datin Sri Dato' Siti Nurhaliza dengan raut wajahnya.


Malah beliau kini telah pun menempa nama di kalangan masyarakat dengan menjadi duta kepada salah satu produk kecantikan yang berada dipasaran sekarang.

Bagi yang mengecam beliau dulu lihatlah kembali beliau yang telah pun berjaya dalam hidup dan sesungguhnya kecaman anda semua terhadapnya bukanlah satu alasan baginya untuk mengalah dalam hidup malah kecaman anda semua menjadi satu dorongan untuknya berjaya seperti sekarang.


Dilahirkan sebagai khunsa bukanlah suatu alasan untuk tidak berjaya seperti insan lain yang normal di luar sana, malah kejayaan beliau membuka mata masyarakat di luar sana yang tidak habis-habis menjadikan golongan mereka ini bahan tohmahan.

Bagi yang ingin melihat sendiri kejayaan yang dikecapinya bolehlah ikuti beliau di facebook Mahsuri miliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk