Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 31 Mei 2017

5 Manfaat Tidur Di Siang Hari Ketika Berpuasa

Tidur merupakan keperluan asas manusia. Sama seperti makan, tanpa tidur tubuh badan kita tidak boleh berfungsi dengan baik.

Di bulan puasa ini ramai diantara kita memilih untuk tidur di siang hari. Memang tidak salah untuk tidur tetapi janganlah tidur berlebih-lebihan.

Tetapi, anda juga perlu tahu bahawa ada manfaatnya tidur di siang hari ketika berpuasa.

1.  Meningkatkan kekuatan memori

Pakar kesihatan bersetuju bahawa tidur siang selama 10-30 minit boleh meningkatkan kemampuan kognitif dan ingatan manusia. Itulah sebabnya jika anda rasa malas di pejabat, cubalah untuk tidur sebentar.

2.  Meminimalkan tekanan darah

Sebuah kajian di Journal of Applied Physiology menunjukkan bahawa tidur siang dapat membantu menurunkan tekanan darah sehingga lebih dari 37 %. Ini kerana tidur siang dapat mengurangkan stres kardiovaskular yang menjadi faktor utama tekanan darah tinggi.

3.  Menenangkan saraf

Penyelidikan yang dilakukan di University of Barkley mendedahkan bahawa tidur siang selama 90 minit mampu menenangkan saraf yang tegang selepas melakukan aktiviti seharian.

4.  Membuat anda lebih bersemangat

Rasa penat ketika berpuasa kadang kala membuatkan anda rasa tidak bersemangat . Tidur siang mampu membuat anda merasa lebih baik dan membuat anda menjadi bersemangat.

5.  Membantu membuat keputusan


Kerana tidur siang akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk membuat keputusan dan tidak rasa celaru akibat rasa lapar yang menyelubungi diri. Kadang-kala agak sukar untuk kita membuat keputusan apabila tidak bertenaga dan rasa lapar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk