Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 26 November 2015

5 Info Menarik Mengenai Wanita Kelantan


BARU-BARU ni, berita tentang suspek kes pukul wanita di Kelantan dalam video yang menjadi viral di media sosial, telah pun ditangkap.

Rasanya ramai wanita yang tak sanggup tengok babak-babak yang memalukan kaum wanita sendiri.
Tapi, seperti apa yang kita dengar, wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni kebanyakannya berani. Kalau tengok dari video viral tu, memang betullah.

Jadi, 5 Perkara Tentang Wanita Kelantan Yang Anda Perlu Tahu!

1. Jangan Tipu Bab Berniaga

Wanita Kelantan memang pandai bisnes. Tengok saja Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu penuh dengan peniaga perempuan. Pengasas kosmetik Dnars dan Qu Puteh pun dari sana. Jadi jangan lah nak tipu bab berniaga ni dengan mereka.

2. Awas! Boleh Tergoda

Selalu kita dengar orang kata wanita Kelantan terutama dari Pasir Mas cantik-cantik. Tak tahulah kebenarannya. Sebab cantik tu lah ramai lelaki cair, tak caya tengok Neelofa.

3. Mulut Manis

Tengok saja kalau berniaga macam mana mereka pujuk pelanggan. Walau guna loghat Kelantan tapi kedengaran lembut saja, sebab tu ramai yang terjerat nak beli. Ini lagi satu faktor lelaki selalu cair.
4. Berdikari 

Kalau dah lebih ramai perempuan di sana berniaga, orang lelaki tak nampak mana pergi, tak cukup berdikari lagi ke?

5. Berani dan Cekal

Contohnya boleh tengok yang dalam video viral itu lah. Rasanya perempuan penakut takkan buat macam tu.
Mek-mek Kelate yang baca ni mesti setuju kan. Giler tak setuju!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk