Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 26 Februari 2018

PPA1M Layak Dimiliki Oleh Anak Pesara - KSN

Seorang daripada anak kepada pesara kerajaan kini boleh memiliki kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata permohonan khusus bagi anak-anak pesara kerajaan itu mula dibuka sejak Januari lepas.


Syarat yang ditetapkan ialah hanya seorang daripada bilangan anak pesara berkenaan layak memohon dan ia terbuka kepada sama ada mereka bekerja di sektor awam atau swasta, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah pertandingan badminton dan boling anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2018 di sini.

Beliau memperjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa anak-anak pesara kerajaan dibolehkan memiliki kediaman PPA1M bagi membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki kediaman.

​​​​Menurutnya keputusan itu bakal membolehkan golongan anak pesara membeli rumah berharga lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi perumahan bertanah dan berstrata.

​​​​​​​Sebelum ini, syarat permohonan PPA1M hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang berpencen dan berstatus kontrak.

Berhubung acara anjuran Puspanita, Ali berkata pertandingan yang diadakan sejak 2013 itu bukan saja mampu mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan, malah menjadi platform terbaik untuk penjawat awam seluruh negara berhubung serta mengekalkan hubungan baik sesama mereka.

Beliau berkata bagi lebih 700 peserta yang mengambil bahagian, kemenangan bukanlah objektif yang dikejar tetapi lebih utama adalah semangat kesukanan dan ikatan persaudaraan yang terjalin daripada program tersebut.

“Saya juga melihat program ini mampu membuka ruang kepada mana-mana pihak menjalin kerjasama strategik bersama Puspanita pada masa akan datang,” katanya.

-BERNAMA

PORTAL RASMI PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA, JABATAN PERDANA MENTERI


GARIS PANDUAN

Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) merupakan satu usaha Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Harga jualan bagi rumah PPA1M adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak. Dalam hal ini, Kerajaan telah mensasarkan untuk membina 100,000 unit rumah PPA1M menjelang tahun 2018. Berikut merupakan Garis Panduan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Jabatan Perdana Menteri (PPA1M) yang jelas menerangkan maksudnya.

Muat turun garis panduan DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk