Umno Bahagian Gopeng menggesa tindakan disiplin turut diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas pemecatan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada parti.
Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, cadangan untuk mengeluarkan Timbalan Presiden dan bekas Presiden Umno itu daripada keahliannya telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno empat bulan lalu oleh jawatankuasa bahagian itu.






