Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Rabu, 2 Disember 2015

Sweetnya : Saya Tetap Cintakan Siti Walau Apa Yang Berlaku - Datuk K


SEMALAM industri hiburan dikejutkan dengan berita duka penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza disahkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyifatkan isterinya itu sebagai insan yang kental dan tabah mengharungi ujian Allah.

Menurut Khalid, reaksi wajah Siti nampak sedih tatkala doktor memaklumkan berita keguguran itu, namun dia masih tenang menerima hakikat bahawa anak yang dikandung sudah tiada.

“Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut.

“Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit.

“Apa pun kami menerima ujian ini dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

“Dia seorang yang sangat kuat. Benar, kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti,” kata Khalid.

Sementara itu, Khalid memberitahu isterinya akan berpantang selama dua minggu dan sebelum ke Jakarta bagi urusan kerja.

“Selepas Siti ke Jakarta, dia akan berehat sekejap.

“Pada mulanya kami mahu bercuti ke Eropah tetapi kami ubah fikiran dan mahu bercuti di tempat peranginan berdekatan. Tengok dulu macam mana,” ujarnya.

Berita sedih mengenai keguguran itu dimaklumkan Siti menerusi laman Instagram miliknya pada pagi Selasa. 

Sumber: mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk