Ingat lagi tak tahun lepas pernah timbul gosip Wak Doyok hangat bercinta dengan bekas isteri Sultan Brunei, iaitu Azrinaz Mazhar Hakim? Dah lama tak nampak gambar serta status romantik dimuatnaik oleh Wak di laman Instagramnya..
Kami ingatkan cinta mereka sudah terputus ditengah jalan.. Rupanya, Wak masih lagi hangat bercinta dengan Azrinaz..
Siapalah yang tak mahu bercinta dengan wanita kaya seperti Azrinaz ini kan..Untung-untung dapat kahwin, boleh cuci kaki masuk rumah, semua benda dah ada.. Maklumlah dah pengarah telekomunikasi, Clixster Mobile mananya tak kaya..
Menerusi laman Instagram milik Wak semalam, dia telah memuatnaik gambar bahagia serta status romantik bersama Azrinaz.. Yang tak boleh tahan, Wak ‘tag’ nama kekasihnya itu kat bahagian hatinya dalam gambar mereka..
Ko rasa? Mesti sangat-sangat ‘sweet’.. Ada antara peminat mendakwa ‘percintaan’ yang terjalin antara Wak dan Azrinaz adalah salah satu cara Wak mahu menutup tentang ‘kisah hitamnya’.. Ala, pasal orang ramai mendakwa Wak adalah seorang ‘gay’ tu..
Kalau ada ‘teman hidup’ dan teman hidup itu adalah seorang wanita.. Tutup la semua cerita mendakwa Wak adalah seorang ‘gay’.. Pandai kan Wak..
Apapun, kami dok stalk laman Instagram awek Wak ini.. Satu gambar Wak tak pernah ada dalam Ignya.. Wak ni bertepuk sebelah tangan saja ke atau ‘syok sendiri’?
Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kisah percintaan mereka.. Sampai ke jinjang pelamin ke idok.. Kalau tak kahwin juga memang sah Wak ‘gay’.. Hahaha. - KamiTheMedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan