Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 8 April 2016

Jom Rebut Peluang Miliki Rumah Pertama Dengan MyDeposit

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman mampu milik sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2016 kini dilancarkan dan mula dilaksanakan.


Kenyataan Akhbar Dan Borang Permohonan MyDeposit

KENYATAAN AKHBAR
YAB PERDANA MENTERI
MESYUARAT MAJLIS PERUMAHAN NEGARA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia


1. Sebentar tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perumahan Negara Siri 4, Bilangan 1 Tahun 2016.

2. Mesyuarat MPN ini telah membincangkan mekanisme pelaksanaan beberapa inisiatif dalam pemilikan rumah untuk rakyat seperti yang telah saya umumkan semasa pembentangan Bajet 2016 pada Oktober tahun lepas dan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada Januari yang lalu.

3. Mesyuarat MPN telah bersetuju terhadap pelaksanaan perkara-perkara berikut:

4. Pertama, Skim Pembiyaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diumumkan semasa Pembentangan Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai hari ini, 6 April 2016. Skim ini adalah untuk membantu kumpulan sasaran yang mempunyai pendapatan isi rumah 10 ribu ringgit dan ke bawah.

5. Pemberian sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima 30 ribu ringgit (yang mana lebih rendah) kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga 500 ribu ringgit dan ke bawah.

6. Pemohon boleh membuat permohonan atas talian untuk skim ini mulai esok melalui laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

7. Kedua, penjualan rumah berharga sehingga 300 ribu ringgit kepada hanya pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai bulan ini.

8. Bagi menggalakkan pemaju swasta untuk membina lebih banyak rumah berharga sehingga 300 ribu ringgit ini, KPKT telah menetapkan beberapa insentif kepada pemaju seperti:

i. bagi rumah-rumah yang berharga RM300 ribu ringgit ke bawah, nilai deposit kekal di paras RM200 ribu ringgit. Kadar semasa nilai deposit adalah sebanyak 3% daripada anggaran kos pembinaan (Gross Development Cost, GDC; dan

ii. bagi pembangunan bercampur (mixed development), nilai deposit adalah berdasarkan baki pemajuan rumah-rumah yang berharga melebihi 300 ribu ringgit.

9. Seterusnya, MPN kali ini juga mengambil maklum mengenai 2 perkara:

10. Pertama, status Pelaksanaan 1 Juta Rumah Mampu Milik menjelang tahun 2018. Setakat 31 Disember 2015:
• 17% atau 183,755 unit rumah telah siap dibina;
• 19% atau 214,011 unit sedang dalam pembinaan; dan
• 28% atau 309,571 unit dalam pelbagai peringkat perancangan

11. Seperti semua sudah maklum, pelaksanaan inisiatif ini membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua dalam usaha ini.

12. Kedua, juga susulan daripada pengumuman saya semasa Pengubahsuaian Bajet 2016, Karnival Rumah Mampu Milik akan mula dilaksanakan secara bersepadu diantara agensi-agensi seperti JPN, PR1MA, SPNB, Kementerian Wilayah Persekutuan, PPA1M dan pemaju swasta.

13. Karnival yang akan dilaksanakan mengikut zon ini, akan bermula dengan Zon Tengah iaitu di MAEPS, Serdang pada Julai 2016 yang akan menawarkan lebih daripada 50 ribu unit rumah untuk dijual.

14. Akhir sekali, sebentar lagi saya akan menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara PR1MA dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membolehkan PR1MA membina sejumlah 786 unit kediaman di sebidang tanah milik TNB di Kajang. Daripada jumlah tersebut, 50% diperuntukkan untuk kakitangan TNB, dan bakinya dibuka untuk rakyat yang berkelayakan.

15. Kerjasama seperti ini, adalah satu usaha yang murni di antara pihak awam dan swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada kumpulan pekerja syarikat serta rakyat Malaysia amnya.

Sekian, terima kasih.

NR.com


BANTUAN :

1. Sila Klik  Pendaftaran Permohonan Online Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (Daftar akaun) bagi membolehkan sistem borang permohonan online dapat diakses sepenuhnya

2. Setelah pendaftaran disahkan berjaya sila klik  Log Masuk Permohonan Online Skim MyDeposit dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk mengisi butiran pemohon serta memuat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan dalam sistem borang permohonan online (Sistem MyDeposit) bagi melengkapkan permohonan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk