Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 7 April 2016

Ustaz Pukul Pelajar Dengan Kerusi Sehingga Patah Tangan

BALING 6 April – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dia dipukul seorang guru agama sehingga tangan kanannya cedera, kelmarin.

Mangsa, Farah Izzati Mohd. Rohaizad, 13, patah tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu dan mendapat cuti sakit selama sebulan.

Menurut Izzati, sebelum kejadian dia dan dua rakan telah dipanggil oleh guru berkenaan yang mengajar kelas al-Quran dan Fardhu Ain ke dewan sekolah untuk mengikuti kelas yang diadakan.

“Saya akui kami tiba agak lewat ke kelas berkenaan berbanding pelajar lain.

“Bagaimanapun, ketika mahu mengambil tempat duduk secara tiba-tiba guru terbabit telah memukul belakang kami beberapa kali dengan menggunakan kerusi plastik.

“Saya cuba menghalang de­ngan menggunakan tangan namun tin­dakan itu telah menyebabkan bahagian belakang tapak tangan kanan saya terkena kerusi tersebut,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Dakwa Farah Izzati, akibat ke­jadian itu dia terpaksa tidur dalam keadaan kesakitan di asra­ma sebelum seorang guru lain membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Baling keesokan harinya selepas tangan kanannya bengkak.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua tulang pada bahagian belakang tapak tangan saya telah patah dan diberikan cuti rehat selama sebulan.

“Selepas itu, barulah pihak se­ko­lah memanggil keluarga saya sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam,” ujarnya.

Bapa Izzati, Mohd Rohaizad Abdullah, 36 kesal dengan tindakan guru itu dan telah membuat laoran polis di Balai Polis Baling kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Tindakan guru terbabit yang memukul anak saya dengan kerusi plastik sehingga cedera adalah keterlaluan.

“Biarpun anak saya salah dan wajar dihukum, biarlah tindakan itu mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan pihak sekolah,” katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan sekolah lambat memaklumkan perkara tersebut.

“Saya berharap pihak sekolah mengambil iktibar dalam kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap guru berkenaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Sha­riffudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk