Semakin ramai selebriti Malaysia yang memilih untuk menanggalkan tudung selepas beberapa lama melalui fasa bertudung.
Ada yang memberi alasan masih tidak bersedia lagi untuk bertudung. Tidak kurang juga ada yang memilih untuk membuka tudung kerana kecewa putus cinta.
Kami senaraikan selebriti Malaysia yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.
Kami senaraikan selebriti Malaysia yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.
Menurut Sara, dia mengambil keputusan menanggalkan tudung selepas setahun memakainya kerana rasa bersalah dan hidup tidak tenang.
Katanya lagi, dia mengakui dia bertudung bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang tidak mahu dia sebutkan.
2. Zila Seeron
Awal Januari lalu, penyanyi Zila Seeron memuat naik gambar imejnya tidak bertudung di laman Instagram. Namun dia enggan mendedahkan sebab berbuat demikian.
Zila yang juga bekas isteri kepada pelawak Along Cham, mencetuskan kontroversi hiburan tanah air apabila dilaporkan ditangkap khalwat dengan seorang lelaki tahun lalu.
3. Diana Johor
Ramai yang tidak mengenali pelakon ini sehinggalah namanya menjadi bualan hangat di media sosial kerana membuka tudung 2 tahun lalu.
Menurutnya, dia mengaku belum bersedia untuk bertudung dan mengambil keputusan membukanya. Dia juga bersedia menerima kecaman dan kritikan hebat oleh orang ramai.
4. Nina Iskandar
Dua tahun lalu, pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar membuat kejutan di media sosial selepas memuat naik gambarnya tidak bertudung.
Menurut Nina, keputusan itu dilakukan atas kehendak dirinya sendiri dan dia tidak perlu perlu memuaskan hati semua pihak.
5. Ira Mohd Amin
Penyampai radio popular ini mencetuskan kontroversi apabila tampil tidak berhijab didalam sebuah foto bersama Nana Mahazan.
Selepas menerima kecaman, Ira kembali mengenakan hijab. Walaubagaimanapun, pada 2016, Ira nekad untuk tampil tidak berhijab.
6. Nur Amira Khan
Rata-rata netizen mengecam tindakannya kerana tidak mengikut jejak langkah kakaknya.
7. Uqasha Senrose
Uqasha Senrose dipuji sangat manis apabila mengenakan tudung. Dia bagaimanapun membuat keputusan menanggalkannya pada pertengahan tahun lalu.
Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun bertudung imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan