Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Khamis, 1 Jun 2017

4 Tips Berjimat Ketika Berbelanja Di Bazaar Ramadhan

Tiap kali tiba bulan Ramadan je memang ramai diantara anda yang susah sangat nak mengawal nafsu berbelanja apabila ke bazar Ramadan.

Bila susah nak kawal nafsu, terjadilah masalah pembaziran. Ada yang membeli macam tak makan setahun.

Sepatutnya masa puasa la banyak berjimat sebab makan masa berbuka dan bersahur sahaja.

Kami kongsikan cara atau langkah yang anda boleh lakukan untuk elakkan pembaziran di bulan Ramadan.

1. Beli Lauk Sahaja



Bagi yang sibuk bekerja, membeli di bazar Ramadan adalah lebih mudah. Jika anda nak lebih jimat, cukuplah beli satu jenis lauk. Nasi boleh masak sendiri di rumah.

2. Jangan Beli Air


Kalau pergi bazar memang tak dapat tahan tengok bermacam jenis air yang dijual. Jangan sesekali beli air di bazar sebab anda boleh je bancuh air sendiri dirumah. Bukan ke lebih jimat.

3. Satu Jenis Kuih Sehari


Puasa ada 30 hari. Ada yang jenis suka sangat beli kuih macam-macam kononnya nak merasa semua jenis kuih tersebut. Tapi bila dah beli banyak, semuanya ke tong sampah. Nak lebih jimat, apa kata korang beli satu jenis kuih sehari.

4. Kirim Pada Rakan


Kalau anda ni susah sangat nak kawal perbelanjaan setiap kali ke bazar, apa kata kirim saja pada rakan untuk membeli makanan yang anda inginkan. Sebagai contoh anda berikan RM10, pasti dia akan membeli makanan yang tidak melebihi RM10.

Sumber: Astro Gempak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk