Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Selasa, 10 Oktober 2017

5 Keburukan Selalu Memakai Seluar Ketat

Budaya pakai seluar ketat semakin menjadi trend sekarang ni tidak kiralah untuk lelaki atau pun perempuan. Tapi tahukah anda memakai seluar ketat boleh mengundang bahaya dan memudaratkan kesihatan.


Ini antara 5 kesan buruk yang dipetik daripada Utusan, Zunaidah Abu Samah, Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

1. BERI KESAN BURUK PADA SENDI & SARAF

Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.

Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.

2. PENYEBAB KANSER MELANOLA

Pemakaian pakaian ketat terlalu lama boleh menyebabkan kanser Melanola iaitu kanser kulit yang sangat bahaya. Kanser ini biasanya bermula dengan tanda hitam pada kulit.

3. MENGGANGGU FUNGSI RAHIM

Kesannya, ia membahayakan keadaan rahim wanita. Selain itu perjalanan darah juga akan terganggu.

4. POSTUR PINGGUL SENGET

Keadaan akan jadi lebih kritikal sekiranya individu tersebut memakai seluar ketat bersama tumit tinggi. Ia boleh menyebabkan postur pinggul menjadi senget sebelah kerana tekanan yang dialami.

5. MENGHALANG PEMBIAKAN SPERMA

Khas untuk lelaki yang suka sangat pakai seluar ketat. Seluar ketat boleh mengganggu dan mengurangkan penghasilan sperma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk