Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 18 Januari 2016

Bahaya Minum Air Botol Yang Ditinggalkan Di Dalam Kereta


Kita sememangnya selalu minum air dalam kereta tambah-tambah jika dalam perjalanan yang jauh. Akan tetapi kita juga sering terlupa untuk membawa keluar air botol tersebut dan pada keesokkan harinya kita minum balik. Ini adalah perkara yang sangat merbahaya, nak tahu kenapa? Ini adalah kerana menurut kajian dan ianya telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.

Menurut kajian Doktor, wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta adalah kerana hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Jadi Janganlah Minum Air Botol Yang Ditinggalkan Di Dalam Kereta. Maklumat seperti ini sememangnya amat berguna dan kita haruslah lebih berhati-hati. Ini kerana hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor serta akan bercampur dengan air dan para doktor telah menemui racun ini pada tisu payudara. Sebaik mungkin gunakanlah gelas stainless steel atau botol kaca.

Seperti yang kita sedia maklum juga , di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari adalah sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian boleh bertukar menjadi racun.

Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberikan manfaat untuk kita bersama. Elakkan dari meminum air botol yang sudah ditinggalkan di dalam kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk