Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Isnin, 18 Januari 2016

Akhirnya Farah Fauzana Buat Pendedahan Mengenai Teman Lelakinya


LEBIH senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana boleh dikatakan jarang sekali didedahkan di dada media.

Namun seiring dengan usia yang sudah memasuki angka 35, ramai peminat hiburan pastinya ingin tahu bilakah dia mahu mengakhiri zaman bujangnya.


Tanpa disangka menerusi siaran Melodi hari ini, Fara Fauzana akhirnya membuat pengakuan dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang berjaya mengisi hatinya kini.

Bagaimanapun, Fara Fauzana atau mesra disapa FaFau lebih senang untuk tidak mendedahkan gerangan siapakah teman lelakinya itu.

FaFau juga berharap agar semua peminat dapat memahami dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya sangat private perkara sebegini walaupun dengan kawan sendiri.

“Saya wanita Melayu dan Islam, perlu jaga sedikit lebih. Saya juga lebih selesa untuk keep it to myself. Banyak hati yang saya perlu jaga.. family, bestfriend… 


“Setiap orang impikan sesuatu yang baik. Saya harap anda doakan yang terbaik untuk saya dan juga orang di luar sana,” ujarnya.

Ok, sama-sama kita doakan moga hubungan yang terjalin antara FaFau dan pilihan hatinya dapat disatukan segera dalam satu ikatan sah.

– MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk