Nuffnang : Terhangat Masa Kini

Jumaat, 27 November 2015

Dosa-Dosa Lampau - Tun Mahathir Terus Dikecam


Teruk Tun Dr Mahathir diperlekehkan oleh Pakatan Pembangkang. Yang terbaru ialah kenyataan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Tuduhan beliau di antaranya ialah rakyat tidak harus lupa 'dosa-dosa lampau' Tun M dan tidak harus tersilap dengan mempercayai beliau sekali lagi.


"Namun kita tidak akan lupa siapa yang menjadikan demokrasi negara ini tempang, melemahkan elemen semak dan imbang. Kita tidak akan lupa saopa yang bertanggungjawab ke atas satu demi satu skandal kewangan mega terawal negara. “Dr Mahathir berkata pemimpin yang buruk lahir daripada sistem demokrasi yang disalah guna. 

"Justeru, kita harus sedar bahawa perdana menteri yang kita miliki pada hari ini sebenarnya lahir daripada sistem demokrasi yang telah disalah guna termasuk(oleh) Dr Mahathir sendiri,” katanya. seterusnya

Penghinaan dan tuduhan ke atas Tun M oleh Pakatan Pembangkang ini sudah pasti mengingatkan setiap ahli UMNO dan BN termasuk Tun Mahathir bahawa musuh politik yang sebenarnya ialah DAP dan Pakatan Pembangkang, bukannnya sesama sendiri dalam UMNO dan BN.

Kita perlu sedar dengan kadar segera. 

Yang perlu dikecam dan dilondehkan ialah Pakatan Pembangkang yang sekarang ini bertambah teruk, tidak ada pendirian dan integriti, gila kuasa dan wujud krisis dalaman yang sudah tidak dapat dibendung lagi busuknya. 

Konflik dalaman kerajaan negeri yang diperintah oleh PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang sudah terserlah dan membuatkan rakyat terbuka mata tidak akan percaya Pakatan Pembangkang lagi mampu mentadbir negara Malaysia sehebat BN.


Tidak masuk akal apabila terdapat 2 kem dalam Pakatan Pembangkang tetapi masih mahu tidur sekatil dan mimpi yang sama. DAP menendang jauh parti PAS di Pulau Pinang tetapi sama bot dengan PAS di Selangor. Ini adalah tahap politiking yang menghina IQ rakyat Malaysia.

PKR di Pulau Pinang cuba dilaga-lagakan oleh DAP di Pulau Pinang dengan dakwaan rampasan kuasa. DAP telah berjaya melaga-lagakan kepimpinan PAS sebelum ini hingga berlakunya perpecahan parti PAS dan wujudnya parti serpihan PAS yang dilabelkan burung kakak tua DAP.

PAS pernah berkata kepimpinan DAP bersikap angkuh kerana dipengaruhi stail kepimpinan berpolitik ‘Tokong’. Ciri kepimpinan seumpama itu telah mencorakkan kepimpinan DAP bersifat ‘authoritarian’ (diktator).

Begitu teruknya Pakatan Pembangkang ini yang mustahil akan bertambah baik.

Makanya, setiap ahli UMNO dan BN perlu rapatkan barisan, bersatu padu dan selesaikan masaalah secara baik melalui saluran parti. PAU 2015 yang akan muncul nanti diharapkan menjadi satu platform untuk menyelesaikan sebarang permasalahan.

2 ulasan:

  1. Bilo hati dah bonci cerito baik pun tak guno..

    BalasPadam
  2. KAMI SEKELUAR TAK LUPA UCAP PUJI SUKUR KEPADA ALLAH S,W,T DAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA AKI,ZYHE MAULANA KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA BALIK INDONESIA DAN MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAH ANDA TELEPON LANGSUNG AKI ZYHE MAULANA DI NOMOR (0852-9827-5599) KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE ~KLIK DISINI~
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..


    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT TELEPON AKI ZYHE MAULANA NMR (0852-9827-5599) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI PAKAR MUSTIKA

    BalasPadam

Nuffnang : Terhangat Masa Kini 3

busuk